Responsive Menu
Add more content here...

 +609 553 5555         bpi@uniqsaas.edu.my

Facebook
Twitter
Instagram
Youtube

KUANTAN, 11 Julai 2026 – Penerbit UNIQSAAS telah berjaya menganjurkan Bengkel Penulisan Artikel Ilmiah UNIQSAAS yang berlangsung selama dua hari bermula pada 10 hingga 11 Julai 2026 bertempat di De Rhu Beach Resort, Kuantan.

Bengkel ini telah menghimpunkan seramai 21 orang peserta yang terdiri daripada barisan pensyarah serta urusetia. Sesi perkongsian ilmu dan bimbingan penulisan telah dikendalikan oleh penceramah jemputan khas, Dr. Mohd Suffian Mohamed Issa daripada Unit Penyelidikan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Penganjuran bengkel ini bertujuan memperkasakan kemahiran penulisan akademik dalam kalangan warga akademik, di samping memacu penghasilan artikel ilmiah yang berkualiti tinggi untuk penerbitan jurnal berimpak serta penulisan akademik universiti. Diharapkan input dan bimbingan sepanjang bengkel ini dapat menyemarakkan lagi budaya penyelidikan dan penerbitan ilmiah di UNIQSAAS pada masa hadapan.

Loading...