KUANTAN, 08 Februari 2026 – Penuh inspirasi 2 hari terlaksana. Penerbit UNIQSAAS telah berjaya menganjurkan Bengkel Penyuntingan Buku pada 7 – 8 Februari 2026 yang menghimpunkan para pensyarah UNIQSAAS dalam usaha memperkasa penulisan dan penerbitan akademik.
Bengkel ini menampilkan perkongsian ilmu yang sangat bernilai daripada Muhammad Azli Shukri dari Penerbit UMPSA, yang berkongsi teknik, standard serta pengalaman sebenar dalam memastikan sesebuah penulisan mampu diterbitkan dengan kualiti tinggi dan profesional.
Kemuncak bengkel diserikan dengan Majlis Penutup yang telah disempurnakan oleh YBrs. Profesor Madya Dr. Norahida binti Mohamed, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UNIQSAAS.
Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada penghasilan lebih banyak karya ilmiah yang memberi manfaat kepada masyarakat dan dunia pendidikan.





